Sunday, February 8, 2009

Sayangi khazanah kita...

Gambar: Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang, Dungun, Terengganu.


Salam sejahtera...

Kawan-kawan boleh teka tak apa sebenarnya yang saya nk kongsikan dengan kalian semua? Sudah tentulah khazanah yang semakin pupus di dunia iaitu PENYU. Gambar ni saya ambil sewaktu saya buat assignment feature En. Faizal sem lepas. Tempat ni memang dekat sangat dengan rumah saya, lebih kurang 10minit perjalanan.

Gambar: Penyu Belimbing


Banyak input yang saya dapat sewaktu melawat ke pusat santuari penyu ni. Rupanya penyu ni ada pelbagai jenis. Antaranya penyu Belimbing, penyu Karah atau Sisik, penyu Agar dan penyu Lipas. Penyu Belimbing adalah penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia.

Kawan-kawan pernah tengok penyu yang real x? Alhamdullilah saya sempat sekali tengok penyu mendarat dan bertelur betul-betul di pantai belakang rumah saya. Waktu tu saya kecil lagi, tapi saya ingat lagi sampai sekarang. Penyu tu besar sangat, rasanya penyu belimbing macam dalam gambar atas.

Bagaimana pula dengan telurnya? kawan-kawan pernah sentuh dan makan x telurnya? Saya dah pernah pegang dan makan. bentuknya betul-betul macam bola ping pong, cume lembik sikit. kalau nak makan, cuma koyakkan sikit je kulitnya, kemudian sedutlah. emmmm best jugak. dah lama xrasa. tapi hanyir la sikit. TAPI sekarang x dibenarkan makan sesuka hati coz sekarang penyu dah semakin pupus. Tapi kalau anda semua nak rasa jugak, datanglah ke Terengganu, ada dijual di Pasar Payang, tapi terhad la jualannya..


Gambar: Telur-telur penyu mengikut jenisnya.

Untuk pengetahuan kalian, Rantau Abang merupakan salah satu tempat tumpuan penyu untukmendarat dan bertelur. Ini kerana Rantau Abang terdapat batu yang menyerupai penyu terletak di pantai tersebut.

Menurut statistik dari Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003 sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 sebanyak 5 pendaratn, 2005 hanya satu pendaratan, 2006 sebanyak lima pendaratan dan tiada pendaratan pada 2007. Namun, sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan seekor penyu Belimbing di pantai tersebut.



Gambar: Penyu Karah atau Penyu Sisik


Terdapat pelbagai faktor menyebabkan penyu-penyu ini semakin pupus di muka bumi seperti:

1)
pengambilan dan penjualan telur penyu yang tidak terkawal

2)
gangguan daripada kawasan darat seperti pembinaan bangunan-bangunan di tepi pantai


3)
tersangkut di pukat-pukat nelayan

4)
penjualan daging penyu


Gambar: Salah satu faktor penyu semakin pupus

Oleh itu, pelbagai usaha yang telah dilakukan agar spesies ini tidak terus pupus di muka bumi ini seperti mengadakan kempen gotong-royong menbersihkan kawasan pantai, jangan membuang sampah ke dalam laut, tidak menumpahkan sisa minyak ke dalam laut,tidak merosakkan tempat pendaratan penyu, tidak membeli telur penyu dan sebagainya...

Apa yang penting ialah setiap individu mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutamanya menghindari pencemaran laut kerana ia adalah habitat penyu dan hidupan laut yang lain.


Gambar: Peliharalah Khazanah alam ini



4 comments:

  1. salam...seronoknya kalau dapat kembali zaman dip dulu..terinagtlaa...rindu rasa...gud luck!!!

    ReplyDelete
  2. lepas tgk blog emma rse cam insaf lak, ye la byk pntai kita kt pndai timur yg mkin lm mkin x best dek sikap x bertanggungjwb segelintir pengunjung. HIDUP PANTAI TIMUR!!!

    ReplyDelete
  3. salam maa abg long nie ceta pasal penyu tu oklah ...tpi kalau boleh buat detail skit lagi pasal penyu d rantau abang tu....setahu abg lg ada raja penyu kat situ..atas bukit ( batu berbentuk penyu tpi skrg nie dh tk ada lgi kot )k maa salam..good luck maa

    ReplyDelete
  4. seronoknye dapat tengok penyu..
    penyu sisik cmane ek..
    coz de kwan die penyu tpi sisik die xd sangat lah..
    confuse die penyu belimbing ke penyu sisik..
    tanya die die ckap penyu yang biase jerk..
    xphm..bluurr

    ReplyDelete