Thursday, January 29, 2009

Untukmu Palestin...





"Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka."
AMEEN!


Ya Allah, gerakkanlah hati pemimpin-pemimpin Islam di dunia ini supaya mereka bertaubat dan kembali merujuk kepada-Mu, supaya mereka melakukan sesuatu!


Sama-samalah kita berdoa smoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam yang berada di bumi Palestin...Walaupun kita tidak mampu memberi bantuan berupa tenaga atau wang, ckuplh sekadar doa yang dibaca tiap-tiap hari memohon kapada Allah moga musuh-musuh Islam menerima kekalahan. Ini tanggungjawab kita sebagai umat Islam, terus mempertahankan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir...



kenapa???kenapa????kenapa???

Hati ini tertanya-tanya, kenapa wanita melayu terutamanya mudah cair dengan pujuk rayu lelaki warga asing? ape, sudah pupuskah lelaki melayu zaman sekarang?adakah lelaki yang bujang kini sudah tidak berkualiti atau jawatan yang disandang tidak setanding dengan kaum wanita?

Inilah trend terkini yang memperlihatkan kepada kita bahawa gadis-gadis melayu
lebih tertarik untuk berkahwin dengan lelaki berusia yang juga adakalanya suami orang.Mereka hanya tertarik dengan lelaki yang kuat, macho,mempunyai kedudukan serta kemewahan. anilah antara tanggapan-tanggapan gadis melayu terhadap lelaki bujang. oleh itu, mereka cuba beralih arah dengan memilih golongan yang kaya, dan ada yang lebih teruk, warga asing turut menjadi pilihan mereka..
apa nk jadi dengan zaman sekarang ni??? dh kahwin dengan warga asing, berpisah pula dengan famili di Malaysia. Akhrnya temberang si suami warga asing pecah, rupanya tidak berharta...

siapa yang tertipu???
hnya nasihat yg dpt diberikan, sblm buat ape-ape kptusn fikirlah semasak-masaknya...jangan hanya melihat kepada kemewahan semata-mata, tapi lihat dari segi kejujuran dan keikhlasan hati...

Bukan Perempuan Biasa


Bukan perempuan biasa
Bila hatinya masih lagi tenang walaupun seringkali dihiris dan dicalari

Bukan perempuan biasa
Andainya bibirnya masih menguntum senyum walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya..

Bukan perempuan biasa
Setelah selautan onak dan duri diredahi seusia hidup di muka bumi
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai, namun jiwanya masih mampu teguh berdiri
Hakikatnya dia berdiri seorang diri, bersama hati sekeras wajah

Menempuh cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan..

Kesedihan ibarat bayang-bayang setia yang mengekori
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri, kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis lagi
Namun, selagi mendung berarak kelabu, perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung Langkah tetap diatur penuh keakuran, pada setiap takdir dan ketentuan..

Bukan perempuan biasa
Selagi ikrar di hati teguh terpateri, tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh, ketahanan diri takkan roboh...

Bukan perempuan biasa
Kesedihan lampaunya mustahil dijejaki

Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti...

Sungguh
Bukan perempuan biasa
Tangisan dan senyumnya amat sukar ditafsirkan
Tiada siapa yang dapat membezakan

Itu hakikat
Itu kebenaran

Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduri
Di hatinya
Sebuku racun berbisa....

Monday, January 26, 2009

cebisan kata


Salam muhibbah, salam kasih sayang buat semua...

salam pengenalan


hai smua....
ahlan wasahlan....
selamat bertemu..
bersama renungi kalam Allah ini..