Sunday, March 8, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430H

Salam untuk semua....

Thun ni 9 mac bersamaan 12 Rabiul Awal 1430H adalah Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.Dengan itu, di kesempatan ini, sy berkongsi maklumat yg sy dapat dari buku 'Misteri Surat-Surat Rasulullah S.A.W. & Kelebihan Mukjizat." Sama-sama kita dpt manfaat dari buku ni.

ANTARA TANDA -TANDA KENABIAN RASULULLAH IALAH;

1) Pembedahan Nabi Muhammad S.A.W.

- Pembedahan dada Rasulullah merupakan keistimewaan bagi baginda. Allah memerintahkan malaikat-Nya utk membelah dada Nabi dgn tjuan membersihkan & memberi cahaya Ilahi sbg persiapan utk menerima wahyu daripada Allah utk diajarkn kpd umat manusia. Pembedahn ini terjadi 4 kali.

a) pertama kali ketika Rasulullah dalam penjagaan Halimah. Ketika itu Nabi baru berumur 4 tahun. (menurut pendapat yg kuat)

b) pembedahan ke-2 ketika Nabi berumur 10 thn.

c) pembedahan ke-3 ketika Rasulullah berumur 40 thn iaiti ketika Jibril dtg menemui Baginda menjelang Nabi diangkat mnjadi Rasul.

d) pembedahn ke-4 terjadi iaitu pd malam Isra' Mi'raj ketika Nabi ingn berangkat ke Isra'.

2) Khatamun Nubuwwah (Cap Kenabian)

-Para ulamak berselisih dlm menentukn btknya. Menurut pndapt yg masyhur tanda kenabian Khatamun Nubuwwah itu serupa dgn telur burung merpati. Iaitu brbtk gumpalan daging yg timbul pd punggung sebelah kiri bhgn atas, memancarkn cahaya, terlihat berwibawa dan berbau wangi.

3) Bermimpi Baik dan Benar

-Rasulullah tidak sekali-kali bermimpi sesuatu, melainkn yg dimimpikn itu menjadi kenyataan.

BENTUK JASMANI RASULULLAH S.A.W.


1) Ukurannya sedang, tidak terlalu tinggi dan tidak pendek.

2) Kulitnya putih kemerah-merahan.

3) Rambut Baginda tidak kerinting dan tidak pula lurus.

4) Dadanya bidang, menunjukkan bagus bentuk badan Baginda.

5) Rambut Baginda kadang-kadang panjang sampai ke bahu kadang-kadang sampai batas telinga.

6) Baginda berjanggut tebal.

7) Halus kedua tapak tangan Baginda.

8) Kukuh jari-jari Baginda.

9) Berkepala sempurna.

10) Kuat tulang-tulang sendi.

11) Wajahnya bulat.

12) Bola matanya bersinar dgn dilindungi oleh bulu mata yang sempurna.

13) Tepi mata Baginda ada warna kemerah-merahan.

14) Dada Baginda tumbuh bulu-bulu lembut membujur bagaikan tongkat yang memanjang sampai ke pusat baginda.

15) Bila berjalan, Baginda berjln dgn tegap.

16) Wajahnya tampan bagaikan bulan purnama.

17) Suara Baginda bagus dan berwibawa.

18) Kedua pipi Baginda mendatar.

19) Mulut Baginda comel, menunjukkn keelokan Baginda.

20) Permukaan perut dan dada bagida nampak rata.

21) Antara kedua bahu dan lengan Baginda serta bhgn ats dada baginda berbulu.

22) Lengan Baginda panjang.

23) Telapak tangan Baginda lebar.

24) Daging pada tumitnya nampak tipis.

25) Nabi membelah dua rambutnya dan menyisir dgn rapi janggut Baginda.

26) Setiap mlm jika ingn tidur, Baginda memakai celak hitam tiga kali pada setiap mata.

27) Baju yg plg Baginda sukai adalah gamis pjg berwarna putih.

28) Pjg lengan baju Baginda smpai ke pergelangan tangan.

29) Kadang kala Baginda memakai baju warna merah.

30) Baginda suka memakai cincin dan sepatu khuf kadang kala memakai sandal.

31) Pada saat baginda akn wafat, tdk smpai 20 rambut putih Baginda.

Semoga maklumat ini dapat menambahkan khazanah pengetahuan kita semua. Insya Allah..


Saturday, March 7, 2009

Erti Berkawan...

Salam....
Lama betul x menjengah blog sendiri. Almaklumlah bru2 ni, hmpir 2 mggu sy demam n selsema...memang sepjg demam 2, byk keje2 tergendala n terpaksa ponteng klas...namun satu perkara yang membuatkn sy rasa kagum adalah bila teman seklas sy student cina Alifah namanya, datang ziarah saya...terharu rasanya.. katanya dia terlalu risaukan saya...bukan dia sahaja, malah ramai lagi kawan saya yang lain. salah satunya, housemate saye, Angah. time kasih byk2 buat bubur untuk Along wktu Along demam....jasamu dihargai...
Ada lagi, xlupe jgk bebudak cina yg lain iaitu Fahimah, Najla always SMS me,tyakan kbr n perkembangan terbaru...Satu lg adalah SISFAR kite...kak, TQ byk2 ambik berat psl ema, tiap2 pagi memg akak slalu SMS tya kbr.huhuhu...dan x lupe jg utk kwn2 yg lain, time ksh byk bg sokongan n dorongn slame ni...Sememangnya saya rase sungguh terharu dengan perhatian yg anda smua brikan pada saya...


Sunday, February 8, 2009

Sayangi khazanah kita...

Gambar: Pusat Penerangan Penyu, Rantau Abang, Dungun, Terengganu.


Salam sejahtera...

Kawan-kawan boleh teka tak apa sebenarnya yang saya nk kongsikan dengan kalian semua? Sudah tentulah khazanah yang semakin pupus di dunia iaitu PENYU. Gambar ni saya ambil sewaktu saya buat assignment feature En. Faizal sem lepas. Tempat ni memang dekat sangat dengan rumah saya, lebih kurang 10minit perjalanan.

Gambar: Penyu Belimbing


Banyak input yang saya dapat sewaktu melawat ke pusat santuari penyu ni. Rupanya penyu ni ada pelbagai jenis. Antaranya penyu Belimbing, penyu Karah atau Sisik, penyu Agar dan penyu Lipas. Penyu Belimbing adalah penyu yang terbesar antara penyu yang terdapat di dunia.

Kawan-kawan pernah tengok penyu yang real x? Alhamdullilah saya sempat sekali tengok penyu mendarat dan bertelur betul-betul di pantai belakang rumah saya. Waktu tu saya kecil lagi, tapi saya ingat lagi sampai sekarang. Penyu tu besar sangat, rasanya penyu belimbing macam dalam gambar atas.

Bagaimana pula dengan telurnya? kawan-kawan pernah sentuh dan makan x telurnya? Saya dah pernah pegang dan makan. bentuknya betul-betul macam bola ping pong, cume lembik sikit. kalau nak makan, cuma koyakkan sikit je kulitnya, kemudian sedutlah. emmmm best jugak. dah lama xrasa. tapi hanyir la sikit. TAPI sekarang x dibenarkan makan sesuka hati coz sekarang penyu dah semakin pupus. Tapi kalau anda semua nak rasa jugak, datanglah ke Terengganu, ada dijual di Pasar Payang, tapi terhad la jualannya..


Gambar: Telur-telur penyu mengikut jenisnya.

Untuk pengetahuan kalian, Rantau Abang merupakan salah satu tempat tumpuan penyu untukmendarat dan bertelur. Ini kerana Rantau Abang terdapat batu yang menyerupai penyu terletak di pantai tersebut.

Menurut statistik dari Jabatan Perikanan Malaysia, jumlah pendaratan penyu Belimbing di Pantai Rantau Abang menurun dari tahun ke tahun di mana pada tahun 2003 sebanyak 14 pendaratan dilakukan manakala pada 2004 sebanyak 5 pendaratn, 2005 hanya satu pendaratan, 2006 sebanyak lima pendaratan dan tiada pendaratan pada 2007. Namun, sehingga Jun 2008, terdapat dua pendaratan dilakukan seekor penyu Belimbing di pantai tersebut.



Gambar: Penyu Karah atau Penyu Sisik


Terdapat pelbagai faktor menyebabkan penyu-penyu ini semakin pupus di muka bumi seperti:

1)
pengambilan dan penjualan telur penyu yang tidak terkawal

2)
gangguan daripada kawasan darat seperti pembinaan bangunan-bangunan di tepi pantai


3)
tersangkut di pukat-pukat nelayan

4)
penjualan daging penyu


Gambar: Salah satu faktor penyu semakin pupus

Oleh itu, pelbagai usaha yang telah dilakukan agar spesies ini tidak terus pupus di muka bumi ini seperti mengadakan kempen gotong-royong menbersihkan kawasan pantai, jangan membuang sampah ke dalam laut, tidak menumpahkan sisa minyak ke dalam laut,tidak merosakkan tempat pendaratan penyu, tidak membeli telur penyu dan sebagainya...

Apa yang penting ialah setiap individu mempunyai kesedaran tentang pentingnya menjaga alam sekitar terutamanya menghindari pencemaran laut kerana ia adalah habitat penyu dan hidupan laut yang lain.


Gambar: Peliharalah Khazanah alam ini



Rumah Didiami Makhluk Lain..

Salam...
Saya ingin berkongsi satu cerita dengan kawan-kawan semua pasal satu kisah. Cerita ni agak seram juga. Waktu saya tahun satu dulu, saya ditempatkan di blok B, tingkat 3, Nilam Court. Alhamdulillah, saya dapat bilik nombor dua, maknanya tidak sempit sangat. Dapat pula rakan sebilik kursus Fiqh Fatwa, budak Kelantan.

Ingin saya ceritakan di sini, sejak dari mula lagi saya masuk ke rumah ini, saya rasa macam tak sedap hati . Tak tahu kenapa. ingatkan saya seorang saja macam tu, rupanya teman sebilik saya pun rasa macam tu juga. Saya pun ada juga dengar-dengar cerita dari senior-senior yang lepas bahawa rumah saya didiami oleh makhluk yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar (faham-faham sendiri), terutamanya bilik nombor 1. Ada senior yang pernah tinggal di bilik nombor satu cerita, dia nampak ada seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat dari satu locker ke satu locker yang yang lain. Tapi dia tak pasti siapa. Bila difikirkan balik, mustahil ada budak yang main lompat-lompat dalam bilik, tambah pula atas locker..ishhh seram juga waktu tu bila senior tu cerita.

Tapi saya buat tak tahu je kisah tersebut, sehinggalah satu hari, waktu saya dan teman sebilik sedang berbual-bual, tiba-tiba ada senior yang duk bilik nombor 1 datang..mukanya agak pucat.Bila kami tanya kenapa, dia pun ceritakan pada kami.

Ceritanya macam ni, waktu dia sedang berbaring dan hampir-hampir nak lelap, tiba-tiba dia rasa ada seseorang mengangkat kakinya dan dihayunkan ke kiri dan ke kanan. Lama juga la .Waktu itu,dia buat tak tahu sahaja kerana dia ingat mungkin teman sebilik dia nak main-main dengan dia. Tapi, bila ditengok ke kakinya, tiada siapa dan kakinya masih terangkat. Terkejut dia, dan dia terus baca ayat Quran sehinggalah 'benda' tu melepaskan kakinya. Kemudian dia cepat-cepat datang ke bilik kami.

Rupanya sebelum ini memang dia pernah kena usik oleh 'benda" tu. Pernah juga dia dengar bising dalam bilik dia seolah-olah ada orang sedang bergaduh, padahal waktu itu hanya dia seorang berada dalam bilik tersebut.

Bukan setakat bilik nombor satu sahaja yang ada 'penghuni', rupanya bilik yang kami duduk bilik nombor dua pun sama. Roomate saya pernah cerita , satu malam waktu tu, saya tidur awal, dan teman sebilik saya tidur lewat. Sedang dia berbaring, tiba-tiba dia nampak ada satu lembaga yang sangat besar, warnanya hitam dan berbentuk gumpalan datang menuju ke arahnya. Waktu itu, dia rasa gelap sangat-sangat, tidak boleh bernafas sehingga berpeluh. Kemudian dia cepat-cepat dia peluk Quran dan membaca ayat kursi, al-fatihah dan sebagainya, sehinggalah lembaga hitam itu keluar melalui tingkap.

Dan yang paling dahsyat lagi, adalah teman serumah kami, budak yang tinggal di bilik nombor 3. Kebetulan dia ini memang pernah histeria, tapi nasib baik histeria dia ni tak la menakutkan kami sangat. Biasanya kalau ada 'benda' tu nak masuk dalam badan dia, akan ada tanda-tanda kat badan dia. Dia pernah tunjukkan pada saya tanda tu. Contohnya tanda-tanda lebam di tangan dan di kaki. Bila makin banyak tanda tu, bermakna 'benda' tu dah hampir-hampir nak masuk ke badan dia.

Sehinggalah suatu hari, 'benda' tu dah masuk dalam badan dia sewaktu dia berada di kampus. Kemudian dia dihantar ambulans ke rumah kami. Memang malam tu kami berjaga, kami tempatkan dia ruang tamu. Bila saya nampak dia dah sihat, saya suruh dia bangun sembahyang isyak. Selesai ambil air sembahyang, tiba-tiba dia terjelopok ke tilam dia yang berada di ruang tamu. Katanya dia nampak 'benda' tu sedang memanggil-manggil dia dan ingin mencakar dia dari bilik dia sendiri. Cepat-cepat kami bacakan ayat Quran dan tutup pintu bilik no.3 tu. Kami ingatkan setakat tu sahaja, rupanya dia tidak boleh tidur sampai ke pagi, 'benda' tu asyik memanggil-manggil dia. Nasib baik la dia tidak terpengaruh. kalau tidak mungkin dia kan jadi lebih teruk.

Itulah kisahnya rumah yang kami menginap selama setahun. Memang rumah tersebut 'keras', siapa-siapa sahaja yang datang ke rumah kami pasti akan rasa tak sedap hati, panas dan ada sesetengahnya memang tak boleh masuk langsung ke rumah kami. Apa-apa pun kami redha ditempatkan ke situ.



Saturday, February 7, 2009

Lebah membawa seribu rahsia dalam kehidupan kita

Lebah memberi faedah kepada kehidupan manusia
Anggota badan lebah


Lebah merupakan serangga yang hidup bermasyarakat

Salam...
Tahukah saudara dan saudari sekalian bahawa lebah sebenarnya memberi banyak manfaat dalam kehidupan kita semua. walaupun kita lihat ia hanya seekor serangga, namun ia memberi kebaikan kepada kita semua. cuba kita kaji firman Allah ini dalam Surah Al Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah. Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu , dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".

Subhanallah, alangkah besarnya kepentingan lebah kepada kita semua, sehingga Allah menurunkan Surah Al Nahl dengan ayat-ayat yang lengkap tentang lebah dan kehidupannya. ini bermakna bahawa lebah merupakan serangga terpilih yang mempunyai kehidupan terpenting berbanding dengan serangga-serangga lain.

Lebah adalah serangga yang hidup dengan cara kehidupan bermasyarakat. Makanannya adalah daripada tumbuh-tumbuhan iaitu debunga, nektar atau manisan bunga dan cairan buah-buahan. Nektar bunga akan diproses di dalam perut lebah untuk dijadikan madu dan kemudian disimpan di dalam sarangnya. Debunga disimpan di dalam ruang yang berasingan . Madu dan bunga merupakan makanan utama lebah, samada anak lebah atau lebah dewasa.

Anda semua nak tahu bagaimana tabiat makan lebah? sangat menarik,. Permaisuri, lebah jantan dan anak lebah mendapat makanannya dengan cara disuapkan oleh lebah betina (pekerja). Sementara itu, dalam hal pemakanan bagi lebah-lebah pekerja, tidak semua lebah itu datang sendiri mengambil madu di tempat simpanan dalam sarang. Penyuapan madu sesama sendiri adalah merupakan suatu aktiviti koloni. Penyuapan madu ini bukan sahaja dilakukan di sarang, malah juga di luar sarang. Ternyata penyuapan madu ini merupakan satu saluran komunikasi antara ahli-ahli koloni iaitu melalui sebatian-sebatian kimia atau bau daripada madu.

di sini, saya nyatakan pelbagai jenis kegunaan lebah kepada kita terutamanya membantu kita menjaga kesihatan kita supaya sentiasa sihat dan awet muda selalu..

1) madu tualang/ raw honey
- membantu kita dalam menurunkan suhu badan kita, menambah tenaga dan dapat membaiki sistem penghadaman.

2) madu propolis/ propolis honey
- dapan melawan bakyeria, menguatkan antibodi badan, bagus diminum waktu kita demam, selesema, batuk, asma dan resdung. ia juga dapat mencegah perkembangan sel barah.

3) madu super/ super honey
- mengandungi 7 jenis iaitu madu asli, debunga, jeli diraja, lilin lebah, bisa lebah, larva lebah dan propolis. Setiap jenis ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

4) madu bisa/ bee venom honey
- dapat merawat penyakit gout, sakit otot, lenguh sendi, melegakan kebas tangan dan kaki. ia juga berkesan dalam merawat kayap dan boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

5) madu embun/ honey dew
- menguatkan tulang, membantu tumbesaran kanak-kanak, sesuai untuk golongan tua, wanita mengandung dan pesakit kencing manis.

6) madu royal/ royal honey
- mangaktifkan sel, menguatkan sistem saraf, meningkatkan daya mental dan ingatan, menghilangkan penat, sakit kepala, sakit jantung dan awet muda.

7) madu epal cuka/ apple vinegar honey
- menghilangkan bau nafas, membantu menyingkirkan toksin dalam badan, membuang lemak berlebihan dan kolestrol dalam badan kita.

8) jeli raja/ jelly royal
- membantu merawat penyakit asma, sakit sendi, hepatitis B, penyakit kuning, penyakit jantung, mengurangkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah tinggi.

9) debunga asli
- mencegah angin ahmar, mencerdaskan otak, menguatkan daya ingatan, mencegah kedutan, merawat resdung, lelah dan migrain.

10) propolis drop
-menguatkan daya tahn dalam badan, mempercepatkan penyembuhan luka, mengawal sel barah, menghindarkan penyakit batu karang, mengubati luka pesakit kencing manis, merawat sakit gigi dan gusi.

11) pupa lebah/ bee pupa
- membantu penjagaan dan meningkat kualiti keupayaan fungsi mental membantu menguatkan sistem ketahanan badan, membantu penjagaan ranbut dari segi warna, mengelakkan keguguran rambut, mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.


Terdapat pelbagai lagi kegunaan madu lebah sperti krim madu, lemon madu, halia madu, bum madu, bum bisa madu lebah, propolis bum dan sebagainya.

Oleh itu, seandainya kalian semua ingin sentiasa sihat dan ingin kelihatan muda sentiasa, cube la pelbagai jenis produk yang berasal dari lebah ini. Selamat mencuba...




Wednesday, February 4, 2009

Simpati Buat Bumi Palestin

Lirik lagu ini saya ambil dari satu kumpulan rock di Malaysia iaitu XPDC. Lagu ini memang ditujukan khas kepada rakyat Palestin. Walaupun lagu ini berentak rock, namun sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan dan mengandungi unsur-unsur nasihat serta luahan perasaan terhadap keadaan kehidupan di Bumi Palestin yang amat menyedihkan. Mari kita hayati sama-sama lirik lagu ini.


HUJAN AIRMATA

Bayangkanlah lamanmu berhias api
Sampai bila rumahmu mampu berdiri
Sebelum dipunahkan

Bayangkanlah lahirmu ke alam ini
Sampai akhir hayatmu masih merintih
Menagih kedamaian

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

Bayangkanlah lautmu dilanda taufan
Sampai bila layarmu mampu bertahan
Sebelum kau tenggelam

Bayangkanlah jagamu tak pernah aman
Sampai malam lenamu rasa terancam
Kau dalam ketakutan

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

Mana hilang kasih sayang
Diberikan Tuhan
Pada kita insan

Hingga kita biar saja
Hujan airmata
Yang melimpah


Muat turun lagu ni di http://www.muaturun.blogspot.com atau http://mp3downloadbest.blogspot.com




Fikir-fikirkan..

Petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali


Cuba kita smua hayati stiap nasihat dalam kandungan ayat2 di atas ni...Semoga maklumat ini dapat kita kongsi bersama-sama..

Terjemah Lirik Lagu

Salam....
Inilah lagu yang saya ambil dari penyanyi Cristina Aguilera untuk diberikan kepada lecturer saya yang mengajar subjek Maharat Terjemah. Beliau ingin kami menterjemahkannya kepada Bahasa Arab dan mengandungi unsur-unsur sastera arab. Saya mengambil lagu ini kerana saya rasa mudah untuk menterjemahkannya dan mempunyai ayat- ayat simple serta difahami maknanya. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang membuatkan perasaan perempuan begitu beremosi walau dalam apa jua keadaan sekalipun sehingga perempuan tersebut mengumpamakan dirinya yang sentiasa tenggelam dalam laut yang dalam di mana adanya lelaki tersebut di situ.


So Emotional


It's either black or white, that's right
We're makin love or in a fight
Sometimes you make me so blue

But then it feels so good, I knew it would
You know the way to make me crazy
I want to give it to you

You make me feel so emotional
I can't let go I'm so emotional
I'm sinking deep into an ocean full of you
I'm so emotional

You take me high and low, you know
I'm never sure which way you're gonna go
You're such a mystery to me

But baby hot or cold, you got a hold
Of my imagination
I think you know what i mean

You make me feel so emotional
I can't let go I'm so emotional
I'm sinking deep into an ocean full of you
I'm so emotional

Rain is falling down on me
Suddenly the sun comes out
Sometimes north or south of love
But never out.




Thursday, January 29, 2009

Untukmu Palestin...





"Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka."
AMEEN!


Ya Allah, gerakkanlah hati pemimpin-pemimpin Islam di dunia ini supaya mereka bertaubat dan kembali merujuk kepada-Mu, supaya mereka melakukan sesuatu!


Sama-samalah kita berdoa smoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam yang berada di bumi Palestin...Walaupun kita tidak mampu memberi bantuan berupa tenaga atau wang, ckuplh sekadar doa yang dibaca tiap-tiap hari memohon kapada Allah moga musuh-musuh Islam menerima kekalahan. Ini tanggungjawab kita sebagai umat Islam, terus mempertahankan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir...



kenapa???kenapa????kenapa???

Hati ini tertanya-tanya, kenapa wanita melayu terutamanya mudah cair dengan pujuk rayu lelaki warga asing? ape, sudah pupuskah lelaki melayu zaman sekarang?adakah lelaki yang bujang kini sudah tidak berkualiti atau jawatan yang disandang tidak setanding dengan kaum wanita?

Inilah trend terkini yang memperlihatkan kepada kita bahawa gadis-gadis melayu
lebih tertarik untuk berkahwin dengan lelaki berusia yang juga adakalanya suami orang.Mereka hanya tertarik dengan lelaki yang kuat, macho,mempunyai kedudukan serta kemewahan. anilah antara tanggapan-tanggapan gadis melayu terhadap lelaki bujang. oleh itu, mereka cuba beralih arah dengan memilih golongan yang kaya, dan ada yang lebih teruk, warga asing turut menjadi pilihan mereka..
apa nk jadi dengan zaman sekarang ni??? dh kahwin dengan warga asing, berpisah pula dengan famili di Malaysia. Akhrnya temberang si suami warga asing pecah, rupanya tidak berharta...

siapa yang tertipu???
hnya nasihat yg dpt diberikan, sblm buat ape-ape kptusn fikirlah semasak-masaknya...jangan hanya melihat kepada kemewahan semata-mata, tapi lihat dari segi kejujuran dan keikhlasan hati...

Bukan Perempuan Biasa


Bukan perempuan biasa
Bila hatinya masih lagi tenang walaupun seringkali dihiris dan dicalari

Bukan perempuan biasa
Andainya bibirnya masih menguntum senyum walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya..

Bukan perempuan biasa
Setelah selautan onak dan duri diredahi seusia hidup di muka bumi
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai, namun jiwanya masih mampu teguh berdiri
Hakikatnya dia berdiri seorang diri, bersama hati sekeras wajah

Menempuh cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan..

Kesedihan ibarat bayang-bayang setia yang mengekori
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri, kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis lagi
Namun, selagi mendung berarak kelabu, perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung Langkah tetap diatur penuh keakuran, pada setiap takdir dan ketentuan..

Bukan perempuan biasa
Selagi ikrar di hati teguh terpateri, tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh, ketahanan diri takkan roboh...

Bukan perempuan biasa
Kesedihan lampaunya mustahil dijejaki

Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti...

Sungguh
Bukan perempuan biasa
Tangisan dan senyumnya amat sukar ditafsirkan
Tiada siapa yang dapat membezakan

Itu hakikat
Itu kebenaran

Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduri
Di hatinya
Sebuku racun berbisa....

Monday, January 26, 2009

cebisan kata


Salam muhibbah, salam kasih sayang buat semua...

salam pengenalan


hai smua....
ahlan wasahlan....
selamat bertemu..
bersama renungi kalam Allah ini..