Sunday, February 8, 2009

Rumah Didiami Makhluk Lain..

Salam...
Saya ingin berkongsi satu cerita dengan kawan-kawan semua pasal satu kisah. Cerita ni agak seram juga. Waktu saya tahun satu dulu, saya ditempatkan di blok B, tingkat 3, Nilam Court. Alhamdulillah, saya dapat bilik nombor dua, maknanya tidak sempit sangat. Dapat pula rakan sebilik kursus Fiqh Fatwa, budak Kelantan.

Ingin saya ceritakan di sini, sejak dari mula lagi saya masuk ke rumah ini, saya rasa macam tak sedap hati . Tak tahu kenapa. ingatkan saya seorang saja macam tu, rupanya teman sebilik saya pun rasa macam tu juga. Saya pun ada juga dengar-dengar cerita dari senior-senior yang lepas bahawa rumah saya didiami oleh makhluk yang kita tak boleh nampak dengan mata kasar (faham-faham sendiri), terutamanya bilik nombor 1. Ada senior yang pernah tinggal di bilik nombor satu cerita, dia nampak ada seorang kanak-kanak kecil sedang melompat-lompat dari satu locker ke satu locker yang yang lain. Tapi dia tak pasti siapa. Bila difikirkan balik, mustahil ada budak yang main lompat-lompat dalam bilik, tambah pula atas locker..ishhh seram juga waktu tu bila senior tu cerita.

Tapi saya buat tak tahu je kisah tersebut, sehinggalah satu hari, waktu saya dan teman sebilik sedang berbual-bual, tiba-tiba ada senior yang duk bilik nombor 1 datang..mukanya agak pucat.Bila kami tanya kenapa, dia pun ceritakan pada kami.

Ceritanya macam ni, waktu dia sedang berbaring dan hampir-hampir nak lelap, tiba-tiba dia rasa ada seseorang mengangkat kakinya dan dihayunkan ke kiri dan ke kanan. Lama juga la .Waktu itu,dia buat tak tahu sahaja kerana dia ingat mungkin teman sebilik dia nak main-main dengan dia. Tapi, bila ditengok ke kakinya, tiada siapa dan kakinya masih terangkat. Terkejut dia, dan dia terus baca ayat Quran sehinggalah 'benda' tu melepaskan kakinya. Kemudian dia cepat-cepat datang ke bilik kami.

Rupanya sebelum ini memang dia pernah kena usik oleh 'benda" tu. Pernah juga dia dengar bising dalam bilik dia seolah-olah ada orang sedang bergaduh, padahal waktu itu hanya dia seorang berada dalam bilik tersebut.

Bukan setakat bilik nombor satu sahaja yang ada 'penghuni', rupanya bilik yang kami duduk bilik nombor dua pun sama. Roomate saya pernah cerita , satu malam waktu tu, saya tidur awal, dan teman sebilik saya tidur lewat. Sedang dia berbaring, tiba-tiba dia nampak ada satu lembaga yang sangat besar, warnanya hitam dan berbentuk gumpalan datang menuju ke arahnya. Waktu itu, dia rasa gelap sangat-sangat, tidak boleh bernafas sehingga berpeluh. Kemudian dia cepat-cepat dia peluk Quran dan membaca ayat kursi, al-fatihah dan sebagainya, sehinggalah lembaga hitam itu keluar melalui tingkap.

Dan yang paling dahsyat lagi, adalah teman serumah kami, budak yang tinggal di bilik nombor 3. Kebetulan dia ini memang pernah histeria, tapi nasib baik histeria dia ni tak la menakutkan kami sangat. Biasanya kalau ada 'benda' tu nak masuk dalam badan dia, akan ada tanda-tanda kat badan dia. Dia pernah tunjukkan pada saya tanda tu. Contohnya tanda-tanda lebam di tangan dan di kaki. Bila makin banyak tanda tu, bermakna 'benda' tu dah hampir-hampir nak masuk ke badan dia.

Sehinggalah suatu hari, 'benda' tu dah masuk dalam badan dia sewaktu dia berada di kampus. Kemudian dia dihantar ambulans ke rumah kami. Memang malam tu kami berjaga, kami tempatkan dia ruang tamu. Bila saya nampak dia dah sihat, saya suruh dia bangun sembahyang isyak. Selesai ambil air sembahyang, tiba-tiba dia terjelopok ke tilam dia yang berada di ruang tamu. Katanya dia nampak 'benda' tu sedang memanggil-manggil dia dan ingin mencakar dia dari bilik dia sendiri. Cepat-cepat kami bacakan ayat Quran dan tutup pintu bilik no.3 tu. Kami ingatkan setakat tu sahaja, rupanya dia tidak boleh tidur sampai ke pagi, 'benda' tu asyik memanggil-manggil dia. Nasib baik la dia tidak terpengaruh. kalau tidak mungkin dia kan jadi lebih teruk.

Itulah kisahnya rumah yang kami menginap selama setahun. Memang rumah tersebut 'keras', siapa-siapa sahaja yang datang ke rumah kami pasti akan rasa tak sedap hati, panas dan ada sesetengahnya memang tak boleh masuk langsung ke rumah kami. Apa-apa pun kami redha ditempatkan ke situ.



2 comments:

  1. salam...biasalah tu semua tu makhluk Allah..minta pertolongan dariNya...insyaAllah kita selamat...jgn lupa komen dalam blog saya juga yer...wsalam....

    ReplyDelete
  2. salam maa....rumah tu sapa yg menghuni lak skrg nie...ckplah kat dia org ...banyakkan bca al-quraan ...bca yasim ke ..ok

    ReplyDelete