Saturday, February 7, 2009

Lebah membawa seribu rahsia dalam kehidupan kita

Lebah memberi faedah kepada kehidupan manusia
Anggota badan lebah


Lebah merupakan serangga yang hidup bermasyarakat

Salam...
Tahukah saudara dan saudari sekalian bahawa lebah sebenarnya memberi banyak manfaat dalam kehidupan kita semua. walaupun kita lihat ia hanya seekor serangga, namun ia memberi kebaikan kepada kita semua. cuba kita kaji firman Allah ini dalam Surah Al Nahl ayat 68-69 yang bermaksud:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah. Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu , dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari badanmu minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir".

Subhanallah, alangkah besarnya kepentingan lebah kepada kita semua, sehingga Allah menurunkan Surah Al Nahl dengan ayat-ayat yang lengkap tentang lebah dan kehidupannya. ini bermakna bahawa lebah merupakan serangga terpilih yang mempunyai kehidupan terpenting berbanding dengan serangga-serangga lain.

Lebah adalah serangga yang hidup dengan cara kehidupan bermasyarakat. Makanannya adalah daripada tumbuh-tumbuhan iaitu debunga, nektar atau manisan bunga dan cairan buah-buahan. Nektar bunga akan diproses di dalam perut lebah untuk dijadikan madu dan kemudian disimpan di dalam sarangnya. Debunga disimpan di dalam ruang yang berasingan . Madu dan bunga merupakan makanan utama lebah, samada anak lebah atau lebah dewasa.

Anda semua nak tahu bagaimana tabiat makan lebah? sangat menarik,. Permaisuri, lebah jantan dan anak lebah mendapat makanannya dengan cara disuapkan oleh lebah betina (pekerja). Sementara itu, dalam hal pemakanan bagi lebah-lebah pekerja, tidak semua lebah itu datang sendiri mengambil madu di tempat simpanan dalam sarang. Penyuapan madu sesama sendiri adalah merupakan suatu aktiviti koloni. Penyuapan madu ini bukan sahaja dilakukan di sarang, malah juga di luar sarang. Ternyata penyuapan madu ini merupakan satu saluran komunikasi antara ahli-ahli koloni iaitu melalui sebatian-sebatian kimia atau bau daripada madu.

di sini, saya nyatakan pelbagai jenis kegunaan lebah kepada kita terutamanya membantu kita menjaga kesihatan kita supaya sentiasa sihat dan awet muda selalu..

1) madu tualang/ raw honey
- membantu kita dalam menurunkan suhu badan kita, menambah tenaga dan dapat membaiki sistem penghadaman.

2) madu propolis/ propolis honey
- dapan melawan bakyeria, menguatkan antibodi badan, bagus diminum waktu kita demam, selesema, batuk, asma dan resdung. ia juga dapat mencegah perkembangan sel barah.

3) madu super/ super honey
- mengandungi 7 jenis iaitu madu asli, debunga, jeli diraja, lilin lebah, bisa lebah, larva lebah dan propolis. Setiap jenis ini mempunyai kebaikannya yang tersendiri.

4) madu bisa/ bee venom honey
- dapat merawat penyakit gout, sakit otot, lenguh sendi, melegakan kebas tangan dan kaki. ia juga berkesan dalam merawat kayap dan boleh merawat pelbagai jenis penyakit.

5) madu embun/ honey dew
- menguatkan tulang, membantu tumbesaran kanak-kanak, sesuai untuk golongan tua, wanita mengandung dan pesakit kencing manis.

6) madu royal/ royal honey
- mangaktifkan sel, menguatkan sistem saraf, meningkatkan daya mental dan ingatan, menghilangkan penat, sakit kepala, sakit jantung dan awet muda.

7) madu epal cuka/ apple vinegar honey
- menghilangkan bau nafas, membantu menyingkirkan toksin dalam badan, membuang lemak berlebihan dan kolestrol dalam badan kita.

8) jeli raja/ jelly royal
- membantu merawat penyakit asma, sakit sendi, hepatitis B, penyakit kuning, penyakit jantung, mengurangkan kolestrol, paras gula dan tekanan darah tinggi.

9) debunga asli
- mencegah angin ahmar, mencerdaskan otak, menguatkan daya ingatan, mencegah kedutan, merawat resdung, lelah dan migrain.

10) propolis drop
-menguatkan daya tahn dalam badan, mempercepatkan penyembuhan luka, mengawal sel barah, menghindarkan penyakit batu karang, mengubati luka pesakit kencing manis, merawat sakit gigi dan gusi.

11) pupa lebah/ bee pupa
- membantu penjagaan dan meningkat kualiti keupayaan fungsi mental membantu menguatkan sistem ketahanan badan, membantu penjagaan ranbut dari segi warna, mengelakkan keguguran rambut, mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.


Terdapat pelbagai lagi kegunaan madu lebah sperti krim madu, lemon madu, halia madu, bum madu, bum bisa madu lebah, propolis bum dan sebagainya.

Oleh itu, seandainya kalian semua ingin sentiasa sihat dan ingin kelihatan muda sentiasa, cube la pelbagai jenis produk yang berasal dari lebah ini. Selamat mencuba...




2 comments:

  1. salam. tq 4 the info. wah pas ni kena makan madu lebah ni. em sblm ni mkn kdg2 je. kejap mkn kejap tak.. hehe

    dapat membantu kita menjaga kesihatan supaya sentiasa sihat dan awet muda selalu..

    =)

    ReplyDelete
  2. salam...time kasih banyak info pasal lebah ek..
    pasni ramai la g serbu kedai cari madu lebah..silap2 ader yg nak ternak lebah kat umah..bagus tu..leh jd bisnes..

    cikgu pkbp...

    ReplyDelete