Wednesday, February 4, 2009

Simpati Buat Bumi Palestin

Lirik lagu ini saya ambil dari satu kumpulan rock di Malaysia iaitu XPDC. Lagu ini memang ditujukan khas kepada rakyat Palestin. Walaupun lagu ini berentak rock, namun sebenarnya ada mesej yang ingin disampaikan dan mengandungi unsur-unsur nasihat serta luahan perasaan terhadap keadaan kehidupan di Bumi Palestin yang amat menyedihkan. Mari kita hayati sama-sama lirik lagu ini.


HUJAN AIRMATA

Bayangkanlah lamanmu berhias api
Sampai bila rumahmu mampu berdiri
Sebelum dipunahkan

Bayangkanlah lahirmu ke alam ini
Sampai akhir hayatmu masih merintih
Menagih kedamaian

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

Bayangkanlah lautmu dilanda taufan
Sampai bila layarmu mampu bertahan
Sebelum kau tenggelam

Bayangkanlah jagamu tak pernah aman
Sampai malam lenamu rasa terancam
Kau dalam ketakutan

Dalam hati terlintas satu soalan
Mana hilang keinsanan

Mana hilang kasih sayang
Diberikan Tuhan
Pada kita insan

Hingga kita biar saja
Hujan airmata
Yang melimpah


Muat turun lagu ni di http://www.muaturun.blogspot.com atau http://mp3downloadbest.blogspot.com




Fikir-fikirkan..

Petikan dari kata-kata Imam Al-Ghazali


Cuba kita smua hayati stiap nasihat dalam kandungan ayat2 di atas ni...Semoga maklumat ini dapat kita kongsi bersama-sama..

Terjemah Lirik Lagu

Salam....
Inilah lagu yang saya ambil dari penyanyi Cristina Aguilera untuk diberikan kepada lecturer saya yang mengajar subjek Maharat Terjemah. Beliau ingin kami menterjemahkannya kepada Bahasa Arab dan mengandungi unsur-unsur sastera arab. Saya mengambil lagu ini kerana saya rasa mudah untuk menterjemahkannya dan mempunyai ayat- ayat simple serta difahami maknanya. Lagu ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang membuatkan perasaan perempuan begitu beremosi walau dalam apa jua keadaan sekalipun sehingga perempuan tersebut mengumpamakan dirinya yang sentiasa tenggelam dalam laut yang dalam di mana adanya lelaki tersebut di situ.


So Emotional


It's either black or white, that's right
We're makin love or in a fight
Sometimes you make me so blue

But then it feels so good, I knew it would
You know the way to make me crazy
I want to give it to you

You make me feel so emotional
I can't let go I'm so emotional
I'm sinking deep into an ocean full of you
I'm so emotional

You take me high and low, you know
I'm never sure which way you're gonna go
You're such a mystery to me

But baby hot or cold, you got a hold
Of my imagination
I think you know what i mean

You make me feel so emotional
I can't let go I'm so emotional
I'm sinking deep into an ocean full of you
I'm so emotional

Rain is falling down on me
Suddenly the sun comes out
Sometimes north or south of love
But never out.




Thursday, January 29, 2009

Untukmu Palestin...





"Ya Allah,

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,

Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka

Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,

Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka."
AMEEN!


Ya Allah, gerakkanlah hati pemimpin-pemimpin Islam di dunia ini supaya mereka bertaubat dan kembali merujuk kepada-Mu, supaya mereka melakukan sesuatu!


Sama-samalah kita berdoa smoga Allah memberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam yang berada di bumi Palestin...Walaupun kita tidak mampu memberi bantuan berupa tenaga atau wang, ckuplh sekadar doa yang dibaca tiap-tiap hari memohon kapada Allah moga musuh-musuh Islam menerima kekalahan. Ini tanggungjawab kita sebagai umat Islam, terus mempertahankan Islam sehingga ke titisan darah yang terakhir...



kenapa???kenapa????kenapa???

Hati ini tertanya-tanya, kenapa wanita melayu terutamanya mudah cair dengan pujuk rayu lelaki warga asing? ape, sudah pupuskah lelaki melayu zaman sekarang?adakah lelaki yang bujang kini sudah tidak berkualiti atau jawatan yang disandang tidak setanding dengan kaum wanita?

Inilah trend terkini yang memperlihatkan kepada kita bahawa gadis-gadis melayu
lebih tertarik untuk berkahwin dengan lelaki berusia yang juga adakalanya suami orang.Mereka hanya tertarik dengan lelaki yang kuat, macho,mempunyai kedudukan serta kemewahan. anilah antara tanggapan-tanggapan gadis melayu terhadap lelaki bujang. oleh itu, mereka cuba beralih arah dengan memilih golongan yang kaya, dan ada yang lebih teruk, warga asing turut menjadi pilihan mereka..
apa nk jadi dengan zaman sekarang ni??? dh kahwin dengan warga asing, berpisah pula dengan famili di Malaysia. Akhrnya temberang si suami warga asing pecah, rupanya tidak berharta...

siapa yang tertipu???
hnya nasihat yg dpt diberikan, sblm buat ape-ape kptusn fikirlah semasak-masaknya...jangan hanya melihat kepada kemewahan semata-mata, tapi lihat dari segi kejujuran dan keikhlasan hati...

Bukan Perempuan Biasa


Bukan perempuan biasa
Bila hatinya masih lagi tenang walaupun seringkali dihiris dan dicalari

Bukan perempuan biasa
Andainya bibirnya masih menguntum senyum walau cairan pekat merah pernah mengalir melaluinya..

Bukan perempuan biasa
Setelah selautan onak dan duri diredahi seusia hidup di muka bumi
Setelah jiwanya disakiti hatinya dilukai, namun jiwanya masih mampu teguh berdiri
Hakikatnya dia berdiri seorang diri, bersama hati sekeras wajah

Menempuh cabaran demi cabaran, dugaan demi dugaan..

Kesedihan ibarat bayang-bayang setia yang mengekori
Kedukaan silam bagaikan cermin di hadapan diri, kenangan maha perit sudah tidak mampu ditepis lagi
Namun, selagi mendung berarak kelabu, perjuangan hidup masih belum sampai ke penghujung Langkah tetap diatur penuh keakuran, pada setiap takdir dan ketentuan..

Bukan perempuan biasa
Selagi ikrar di hati teguh terpateri, tembok kebencian takkan runtuh
Ketabahan hati takkan luluh, ketahanan diri takkan roboh...

Bukan perempuan biasa
Kesedihan lampaunya mustahil dijejaki

Rintihan hatinya tidak akan mampu dimengerti...

Sungguh
Bukan perempuan biasa
Tangisan dan senyumnya amat sukar ditafsirkan
Tiada siapa yang dapat membezakan

Itu hakikat
Itu kebenaran

Perempuan itu
Di tangannya setangkai mawar berduri
Di hatinya
Sebuku racun berbisa....

Monday, January 26, 2009

cebisan kata


Salam muhibbah, salam kasih sayang buat semua...